Kehadiran Pertama

Hari ini menandakan kali pertama kehadiran saya ke UKM sebagai pelajar. Saya perlu menyelesaikan urusan pengambilan buku, kad matrik dan iPad di pejabat UKMSHAPE.  Berikutan aktiviti rentas negeri yang telah dibenarkan oleh kerajaan, saya telah merancang untuk menyelesaikan urusan tersebut semalam tetapi rupanya saya terlepas pandang akan makluman berkenaan penutupan urusan pada 25 dan 26 Oktober 2021 dalam email yang  saya terima. Maka saya dan keluarga membuat keputusan untuk bermalam di rumah saudara kami di Seksyen 8 terlebih dahulu sebelum saya keluar seawal 8 pagi ini ke UKM.

16 tahun lepas persekitaran UKM sangat saya kenali kerana sering mengunjungi rakan karib yang menuntut di sini. Hari ini, saya terpaksa menggunakan bantuan Google Map untuk mencari jalan ke UKM. Bandar Baru Bangi telah banyak berubah, sangat berbeza dengan apa yang tersimpan dalam kotak ingatan saya.

Kaunter di pejabat UKMSHAPE.

Di pejabat UKMSHAPE ini, urusan saya telah dapat diselesaikan dengan cepat dan lancar, alhmdulillah. Semoga ada rezeki dapat hadir ke sini lagi. Terima kasih.

Video Korporat UKMSHAPE.

Comments

Popular posts from this blog

BUDGET 2022

Ice Breaking